"KEKAL BERSIH DAN SEGAR"
Di kala virus COVID-19 menjadi isu hangat, ramai yang mencadangkan pengunaan penyah kuman (sanitiser/ antiseptic/ disinfectant). Kuman di sini merujuk kepada mikroorganisma iaitu makhluk tersangat kecil yang tidak dapat dilihat dengan mata kasar seperti bakteria, virus, fungi dan protozoa (biasa yang jahat iaitu boleh menyebabkan penyakit). Mari kita ambil tahu pasal produk ini.
Apakah itu ‘hand sanitiser’?
Hand sanitiser merupakan sejenis cecair/gel/buih yang secara amnya digunakan untuk membasmi dan mengurangkan kuman pada tapak tangan selepas kita menyentuh ruang.
Terdapat dua jenis hand sanitizer iaitu yang berasaskan alkohol (alcohol-based) dan yang bukan berasaskan alkohol (non alcohol-based).
Apakah bahan kimia aktif dalam ‘hand sanitiser’?
Bahan kimia aktif untuk hand sanitiser berasaskan alkohol ialah campuran bahan-bahan kimia isopropanol (isopropyl alcohol), ethanol (ethyl alcohol), atau n-propanol. Kandungan alkohol yang paling berkesan dalam membunuh kuman ialah 60-95%. Ini adalah yang disarankan oleh Food and Drug Administration (FDA).

Untuk hand sanitiser yang bukan berasaskan alkohol pula mengandungi bahan kimia aktif seperti benzalkonium chloride atau triclosan. Kandungan bahan kimia benzalkonium chloride yang dibenarkan ialah 0.1% sahaja. Ini kerana pada dos yang tinggi, ianya boleh merengsa kulit dan menyebabkan iritasi kepada mata. Ianya juga berpotensi menggangu sistem pernafasan, pertahanan semulajadi badan dan saraf.
Bahan kimia aktif triclosan pula disarankan 2% dalam formulasi hand sanitizer. Namun, masih lagi kontrovesi sehingga kini FDA telah menarik penggunaannya. Ini kerana keupayaannya yang boleh mengganggu sistem endokrin (hormon) badan. Pun begitu, ianya (dalam dos yang lebih rendah 0.10–1.00%) banyak digunakan dalam lebih daripada 2000 produk seharian kita termasuklah sabun mandi, shampo, deodorant, ubat gigi, cecair pencuci mulut dan sebagainya. Ianya dikatakan boleh menyumbang kepada masalah alam sekitar di mana dikuatiri berkumpul dalam air buangan seterusnya kembali dalam air minum kita.
Apakah hand sanitaizer ini perlu mempunyai kelulusan daripada KKM?
Ya, setiap hand sanitaizer atau pembasmi kuman perlulah mempunyai kelulusan daripada pihak KKM sebelum di pasarkan bagi memastikan ianya betul-betul selamat digunakan oleh pengguna dan perlu juga mempunyai Tarikh luput bagi memastikan satu-satu produk tersebut dalam ke adaan baik dan tidak membahayakan kesihatan pengguna.

Apakah kelebihan Hand Sanitaizer Pocket ini?
Ha, ini yang selalu ditanya oleh pengguna di luar sana. Apa kelebihan hand sanitaizer pocket ini sehinggakan ianya menjadi tarikan ramai.. Hand Sanitaizer Pocket ini merupakan satu solusi yang memudahkan kepada pengguna kerana ianya bersaiz pocket dan sangat mudah untuk dibawa ke sana ke mari. Cara penggunaannya juga sangat mudah dengan hanya picit sahaja butang dan spray ke seluruh tangan. Boleh juga di spray ke atas baju pengguna kerana ianya tidak akan merosakkan baju atau meninggalkan kesan. Senang dicuci juga.


Untuk kanak-kanak yang bersekolah amat sesuai kerana ianya bersaiz kecik. Untuk yang bekerja di pejabat sangat bagus untuk menggunakan hand sanitaizer pocket ini.

Dimana saya boleh dapatkan Hand Sanitaizer Pocket ini?
Lah, mudah ja.. boleh terus lawati website ARM Design untuk mendapatkannya. Boleh buat pembayaran terus melalui perbankan secara online. Tempahan akan diuruskan dan segera akan membuat penghantaran. Boleh click butang tempahan dibawah ini untuk keterangan lanjut/info atau boleh terus membuat tempahan.
KLIK BUTTON MERAH DIBAWAH UNTUK TEMPAHAN


JAP.. JAP.. Hand Sanitaizer Pocket ini ada 2 flavour tau.. Strawberry dan Aqua..

FLAVOUR STRAWBERRY

FLAVOUR AQUA
Ok, dah berpuas hati..?? Barulah tempah.. tempahan akan dihantar pada keesokan harinya untuk memastikan produk Hand Sanitaizer Pocket yang anda dapat betul-betul mengikut seperti penerangan seperti di atas. Semoga anda berpuas hati dengan produk dari kami.


Lindungi diri, keluarga dan orang sekeliling anda. Pastikan anda menggunakan Hand Sanitaizer Pocket ini. Boleh bagi tau kawan-kawan kalau ianya bagus dan memudahkan anda. Beri tahu kami kalau ada penambahbaikan untuk kebaikan bersama di masa akan datang.

KEKAL BERSIH, KEKAL SEGAR, KEKAL SELAMAT.