Ingin Sanitasi Kediaman Atau Pejabat Anda?

Jangan bimbang. Kami sedia membantu anda sekeluarga dan syarikat anda dari ancaman berbahaya Covid-19 yang sedang melanda negara tercinta kita ini.
Tiada yang lebih penting dari nyawa kita sendiri. Tindakan segera dan pantas harus diambil bagi membendung lebih ramai terjangkit dari penyakit berjangkit ini.
Kami sangat memahami perasaan anda, kerana itulah kami menyediakan produk yang boleh dipercayai dan perkhidmatan sanitasi. Lindungi diri, keluarga dan orang sekeliling anda.
Proses Sanitasi
Sanitasi Permukaan
Ini bagi membunuh virus yang berada dibahagian yang selalu disentuh oleh kita serta di ruang udara.
Sanitasi Semburan
Kaedah ini digunakan untuk bahagian luar dan juga dalam kawasan yang terlibat
Sanitasi Kabus
Lebih berkesan bagi kawasan dalam pejabat dan tertutup. Tidak merosakkan dokumen dan kena kepada semua bahagian yang susah untuk dicapai.
Sudah menjadi tanggungjawab bagi kami untuk memastikan proses sanitasi dijalankan menggunakan kaedah yang telah disarankan oleh KKM. Kami sangat teliti dalam proses ini supaya kawasan anda samada rumah, pejabat atau kilang adalah dalam keadaan selamat untuk diduduki.

Bahan Sanitasi
Kami tidak akan berkompromi dengan bahan sanitasi yang akan digunakan kerana ia melibatkan kepentingan dan keselamatan pelanggan kami apatah lagi dengan keadaan pandemik yang semakin membimbangkan semua pihak. Juga demi menjaga keselamatan para pekerja kami yang bertarung nyawa berdepan dengan pembasmian virus covid ini saban hari. Kami hanya memilih bahan sanitasi dari syarikat pengeluar yang diiktiraf oleh badan kerajaan dan berpengalaman luas dari bidang berkaitan. Sesungguhnya keselamatan anda adalah keutamaan kami.


Mengapa Kami Menjadi Pilihan?
1. Kami hanya menggunakan bahan sanitasi yang diiktiraf oleh kerajaan.
2. Bahan sanitasi adalah selamat untuk bayi , dokumen dan perabot anda.
3. Kami memakai PPE penuh seperti yang disarankan oleh KKM.
4. Tiga kaedah & jenis bahan sanitasi digunakan mengikut keperluan tempat yang akan disanitasi.
5. Keberkesanan bahan sanitasi diuji di makmal yang diiktiraf dalam menghapuskan virus Covid-19 sepantas 30 saat.
6. Sijil Pengesahan Sanitasi akan diberikan supaya anda boleh tunjukkan kepada pihak yang berkenaan.
Rujukan Youtube :
Contoh apabila sanitasi dengan menggunakan fogging & Smoke
Saya Berminat. Apa Yang Perlu Saya Buat?
Tahniah & Syabas kerana anda berminat menggunakan perkhidmatan kami. Anda boleh whatsapp kami untuk bertanya maklumat lanjut.
Kami bersedia memberikan khidmat nasihat secara percuma.

ARM Care Solution
No 68, Lorong Naluri Sukma 8/14
Bandar Puncak Alam, Puncak Alam
Selangor
Tel : +60333930281
H/P : +60162108704 / +60126568704
Email : rahmansbmat@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/rahmanmatcare/