Sanitize rumah dan kereta dengan Nano Spray Atomizer Sanitizer

Setiap hari terdapat kes peningkatan jangkitan Positif Covid-19 di seluruh negara. Sentiasa kekalkan kebersihan rumah dan kereta anda setiap masa bagi pencegahan awal jangkitan. Jaga Diri, keluarga dan orang sekeliling kita.
Walaupun kita sudah di Vaksin atau pun belum penjagaan dan kebersihan perlu diterapkan dan perlu ada kesedaran dalam menjaga diri, keluarga dan orang sekeliling kita daripada dijangkiti. Adakah kita bersih dan bebas daripada virus covid? Semestinya anda tidak dapat menjawab dengan tepat kerana anda tidak menyiapkan diri dengan langkah kebersihan diri.
Kebersihan bermula daripada rumah dengan menggunakan Nano Spray Atomizer Sanitizer. Di dalam kereta juga menjadi keutamaan untuk kebersihan diri. Perlu diingatkan juga, dalam tempoh pendemik ini juga, yang amat membimbangkan bila beberapa hospital kerajaan sudah kekurangan peralatan dan katil.



Apa yang agak mengecewakan adalah bila mana antara kluster yang paling banyak terjadinya penularan adalah dari sektor pekerjaan khasnya industri kilang tetapi masih ada beberapa kilang yang bukan essential masih beroperasi. Bukanlah nak mencari salah pihak mana, namun ketegasan pemerintah amat perlu agar dapat menurunkan bilangan kes dan kita semua tidak lagi hidup dalam ketakutan.
Apa yang perlu kita lakukan adalah dengan mengambil langkah awal bagi mengelakkan penularan virus covid kepada orang sekeliling kita.
Kadang-kadang kita telah berjaga sebaiknya namun jika nak terkena juga, mungkin sudah tersurat sebegitu. Cuma sebagai hambaNya kita di suruh ikhtiar dalam mencegah. Apa sahaja langkah yang dikatakan dapat mencegah kita cuba dan usahakan, selebihnya bergantunglah pada doa semoga keluarga kita di lindungi oleh Allah.
Sebagai salah satu usaha pencegahan dan menjaga kebersihan rumah bukan sahaja dari virus pendamik malahan segala kuman yang boleh memudaratkan kesihatan seisi rumah, kerana waktu-waktu begini sedaya mungkin kita cuba menjaga kesihatan kerana hospital bukan lagi sesuatu yang mudah untuk kita dapatkan rawatan. Kebanyak hospital khasnya di Selangor hampir lumpuh dengan kesesakan pendamik. marilah kita jaga diri dan keluarga kita sendiri mudah-mudahan sentiasa sihat dan sentiasa dilindungi.
Nano spray atomizer sanitizer.
Bila ramai yang mewarwarkan penggunaan spray sanitizer ini untuk menyahkuman ruang rumah dan kereta. Penggunaan yang sangat mudah dengan hanya menekan butang On/Off sahaja dan terus boleh digunakan. Cecair penyahkuman atau Sinifenctant sangat mudah diperolehi. Di antara cecair penyah kuman yang dicadangkan adalah jenis atau jenama Codex.
Set yang kami beli ini, spray sanitizernya perlu di cas sebelum boleh di gunakan. Menggunakan port charging type C yang ada dalam kotak , selepas di cas penuh, isikan air pembasmi kuman di dalam ruang botol di bahagian bawahnya dan boleh lah spray sekitar ruang rumah, pada sofa,langsir dan sebagainya. Ianya portable atau mudah alih jadi senang di bawa ke mana-mana malahan ana spray dalam kereta selepas balik dari pasar .
Cahaya biru pada spray gun tu sekadar memberikan panduan tara mana kita telah spray persekitaran, nampaklah kan semburan mist tu kena kawasan mana, itu sahaja fungsinya. Ianya ringan dan mudah untuk di gunakan. Korang boleh tonton video di bawah review secara visual atomizer nano spray sanitizer yang ana gunakan, lebih jelas secara video kan dari pembacaan yang agak keliru.

Penggunaan Atomizer
Cecair semburan yang di gunakan dalam set yang kami beli ini adalah bersaiz besar dan in shaa allah akan tahan lama kerana ia menggunakan teknik semburan nano dalam kuantiti yang kecil tapi menyeluruh. Botol besar bersaiz 5 liter . Cecair ini sekadar ikhtiar kita untuk sanitize ruang dan barang bukanlah jaminan untuk membunuh virus, ya. Tidak ada bukti secara saintifik yang boleh mengatakan ia membunuh virus.

Dari pembacaan pada label, ia mengandungi hydrogen paroxide paracetic acid 0.5% dan selebihnya air. Bermakna ia tidak perlu di bancuh atau di campur air, tuang dan spray lah ruang yang di kehendaki. Kandungan nya di katakan sama seperti kita menggunakan clorox pembasmi kuman. Korang bolehlah cari info tepat mengenai kandungan air pembasmi kuman ini dari laman web atau blog mereka yang lebih arif dalam bidangnya.
Kelulusan KKM

Ianya berbau segar bila di sembur, cuma pastikan makanan semua tertutup sebelum membuat semburan kerana risau juga terkena pada makanan akan ada kesan lain pula kan. Semburan akan agak basah pada permukaan dan biarkan kering dengan sendiri.
Selain spray dalam rumah dan kereta, ana juga spray sanitize parcel, barang-barang yang ana beli macam botol sos , beg recycle yang ana bawa ke pasar dan sebagainya. Jangan korang spray pada ikan dan sayuran sudah lah, sat nanti jadi lain lak.. Ianya hanya untuk kegunaan luar sahaja dan jenama ini mempunyai NOT pendaftaran dengan KKM .
Semoga perkongsian ini ada manfaatnya dalam kita saling bertukar info di mana sama-sama kita usaha untuk mencegah dan melindungi diri dan keluarga dari segala bentuk keburukan dunia dan akhirat. Amalkan SOP yang telah di didik selama ini, penjarakan sosial, pemakaian face mask dan keluar hanya bila perlu sahaja. Amalkan kebersihan diri, mandi selepas balik dari luar dan kerap membasuh tangan dengan sabun. Teruskan berdoa dan jangan putus asa dengan doa dan tabahlah dalam melalui ujian demi ujian yang hadir.
Untuk pertanyaan dan tempahan.

ARM Care Solution
No 68, Lorong Naluri Sukma 8/14
Bandar Puncak Alam, Puncak Alam
Selangor
Tel : +60333930281
H/P : +60162108704 / +60126568704
Email : rahmansbmat@yahoo.com
FB Page : https://www.facebook.com/rahmanmatcare/